Sabtu, 3 Oktober 2015

RAS

Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya lebih keurang sama. Orang Melayu Cina, dan India serta pelbagai etnik si Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

Pada dasarnya. ras dikatakan merujuk sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.  Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. 

Ras merujuk kepada pengasingan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal badan seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.

Ahli sosiologi melihat ras sebagai sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan juga dilihat orang lain sebagai  sifat keturunan yang membezakan mereka daripada orang lain. 
Menurut Banton (1987) ada 3 kategori ras iaitu:
  • ras sebagai keturunan manusia berasal dari Adam dan Hawa.
  • ras sebagai jenis
  • ras sebagai subspesis rujuk Teori Charles Darwin.
Pengkelasan Kelompok Ras

Tiada ulasan:

Catat Ulasan