Sabtu, 3 Oktober 2015
PENGERTIAN BUDAYA
Konsep budaya merupakan konsep penting dalam membincangkan mengenai manusia dan masyarakat. Terdapat pelbagai pandangan tentang konsep budaya. Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang terbentuk daripada kata buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Manakala, dalam bahasa Inggeris, budaya disebut sebagai culture yang berasal daripada bahasa Latin Colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mentakrifkan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Manakala kebudayaan pula dijelaskan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. kebudayaan juga merupakan segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.
Manakala, menurut Koentjaraningrat (2002) pula, budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran. Budaya dalam definisi di atas mencakupi hampir keseluruhan dimensi kehidupan manusia. Hal ini bermaksud, budaya itu boleh dipelajari oleh seseorang individu ataupun sekumpulan individu dalam semua aspek kehidupan mereka.
Selain itu, Spencer (1985), menyatakan budaya dapat diterangkan sebagai suatu cara hidup yang dikongsikan oleh sekumpulan manusia, suatu sistem idea, nilai, pengetahuan dan adat yang diturunkan dari satu generasi yang lain dalam suatu kumpulan sosial.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan