Sabtu, 3 Oktober 2015

PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Beberapa elemen perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai untuk memupuk hubungan etnik yang baik.

  • Persefahaman
Tujuan utama persefahaman adalah untuk melahirkan kehidupan yang harmonis dan aman sejahtera. Setiap individu haruslah mengenali antara satu sama lain di samping berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Bagi melaksanakan amalan persefahaman, beberapa aktiviti kemasyarakatan boleh dilakukan seperti rukun tetangga, gotong-royong, bersukan atau beriadah.



  • Bekerjasama
Sikap bekerjasama dapat mewujudkan hubungan sosial dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat. Selain itu sikap bekerjasama ini dapat dilihat melalui bantuan yang diberikan sesama jiran sama ada dalam bentuk tenaga, harta, masa ataupun idea.


  • Persaudaraan
Merupakan suatu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang belas kasihan, cinta, sayang dan penghormatan diri. Ikatan ini hendaklah dilaksanakan dengan jujur, ikhlas dan mengasihi saudara sendiri.



  • Kemesraan 
Masyarakat tidak digalakkan bersikap sombong dan meninggi diri, memperkecil dan memperlekehkan orang lain. Oleh yang demikian, sikap sombong hanya akan merenggangkan hubungan antara masyarakat. Maka, masyarakat berbilang kaum perlu menjalinkan hubungan yang baik untuk memupuk elemen kemesraan.



  • Budaya Ziarah-menziarahi
Budaya ziarah -menziarahi bukan hanya perlu diamalkan ketika musim perayaan, malah amalan ini perlu dilakukan sepanjang masa. Contohnya menziarahi saudara-mara dan jiran tetangga untuk bertanya khabar , melawat orang sakit atau mengunjungi keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu. Dengan itu, kita dapat berkongsi dan menambah pengetahuan tentang budaya dan adat resam bangsa-bangsa lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan