Sabtu, 3 Oktober 2015
CABARAN DAN IMPLIKASI
IMPLIKASI
1.
Hubungan etnik di Malaysia mengalami pasang
surut.
-Sebelum Perang Dunia II hubungan adalah baik,
kemudiannya berubah menjadi longgar semasa Perang Dunia II dimana terdapat
etnik yg memberi sokongan kepada pendudukan Jepun di T.Melayu.
-Hubungan tersebut kembali kukuh di era
kemerdekaan kerana British meletakkan syarat semua etnik mesti bersatu
sekiranya mahu merdeka. Kemudian kembali longgar ketika peristiwa 13 Mei 1969.
-Kini secara umumnya hubungan adalah baik
disebabkan pelbagai program anjuran kerajaan contohnya Rukun Negara, Rukun
Tetangga dan sebagainya.
2. Pengajaran daripada
peristiwa 13 Mei 1969.
- Berlaku kerosakan harta benda.
1. Kerosakan harta benda
dan korban jiwa yang banyak contohnya di Selangor 196 orang mati dan 493 cedera.
- Peristiharan perintah berkurung.
1. Menyekat kebebasan bergerak,
berinteraksi, beraktiviti.
2. Persidangan Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri digantung.
3. Pilihanraya Sabah dan Sarawak
digantung
-Pembahgian kekayaan negara atau ekonomi negara perlu mengambil kira
etnik di Malaysia kerana ketidak seimbangan ekonomilah menyebabkan tercetusnya
13 Mei 1969.
CABARAN DAN IMPLIKASI
CABARAN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsqitSHlJ0-Ie9l5l4KBQSgq9gc4LbzILnbMGh4x3u592s42tncPrzJWTfRVgE2yTlMElPJWoHPWxRK5IfunXRdHjZ_rjF29_nV1A4BF-KEQ5fsjiZlAqYWkMT7ccPeE-tHglDJp6CKH-A/s200/malaysia.jpg)
Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan demi untuk meneruskan usaha memupuk keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai cabaran dihadapi dalam mengekalkan dan memupuk perpaduan etnik. Antara cabaran yang dihadapi adalah :
Cabaran
dari aspek ekonomi
Kepentingan etnik dari sudut ekonomi adalah melalui
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Etnik Melayu menguasai sektor
pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah.
Etnik Cina menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan
menggunakan teknologi moden. Etnik India terlibat dengan perladangan di estet
getah dan kelapa sawit. Wujud jurang pendapatan ketara di kalangan etnik.
Masing-masing cuba bersaing mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini menimbulkan rasa
tidak puas hati semua golongan etnik. Justeru itu, cabaran ini perlu diambil
kira dalam menjaga perpaduan di kalangan etnik. Perpaduan di kalangan etnik
tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam
kalangan kumpulan sosial dan etnik melalui penyertaan mereka dalam pembangunan
negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan
ekonomi.
Cabaran
Dari Aspek Politik.
Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang
hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa
mendapat kata sepakat. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan
berpolitik tidak akan mampu menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.
Semua etnik saling berusaha untuk mengekalkan identiti masing-masing sehingga
boleh membawa kepada hilangnya semangat memupuk semangat taat setia kepada
negara.
Cabaran Dari Aspek Nilai-nilai Etnik
Setiap etnik di Malaysia mempunyai perbezaan dari
segi agama, bahasa, dan kebudayaan. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai
agama, bahasa dan kebudayaan berbeza. Perbezaan ini bertambah sukar apabila
setiap etnik fanatik dengan bahasa dan kebudayaan masing-masing. Kesannya,
setiap etnik lebih mengutamakan anggota sendiri daripada etnik yang berbeza
dalam memilih sahabat dan mendapatkan perkerjaan. Kesukaran untuk hidup dalam
satu kelompok yang sama akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini
kerana masyarakat pelbagai etnik mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan
etnik-etnik lain memandangkan mereka terbiasa hidup dengan masyarakat dalam etnik
yang sama.
Cabaran Dari Segi Globalisasi
Semua etnik perlu berani
menyahut cabaran globalisasi agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dalam
bidang teknologi dan perkembangan komunikasi. Aspek cabaran globalisasi perlu
diambil kira dalam memupuk semangat perpaduan etnik di Malaysia. Setiap
perancangan dan pelaksanaan program perpaduan perlu mengambil kira cabaran
globalisasi agar jurang di antara etnik dapat dieratkan.
MINORITI
Kumpulan sosial yang tertindas disebabkan ciri etnik, ras,
biological dan sebagainya. Kelompok manusia yang disebabkan ciri fizikal dan kebudayaannya
yang diasingkan daripada orang lain dalam masyarakat, menerima layanan yang
tidak sama rata dan dilihat sebagai objek untuk didiskriminasi secara kolektif
(Louis Wirth).
Ciri kumpulan minoriti: Kinloch (1974)
•
Fizikal; ras, jantina dan umur.
•
Kebudayaan; agama dan etnisiti.
•
Ekonomi; kelas sosial.
•
Tingkah laku; devians
RAS
Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya lebih keurang sama. Orang Melayu Cina, dan India serta pelbagai etnik si Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
Pada dasarnya. ras dikatakan merujuk sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
Ras merujuk kepada pengasingan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal badan seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.
Ahli sosiologi melihat ras sebagai sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan juga dilihat orang lain sebagai sifat keturunan yang membezakan mereka daripada orang lain.
Menurut Banton (1987) ada 3 kategori ras iaitu:
- ras sebagai keturunan manusia berasal dari Adam dan Hawa.
- ras sebagai jenis
- ras sebagai subspesis rujuk Teori Charles Darwin.
![]() |
Pengkelasan Kelompok Ras |
ETNIK
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.
Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.
Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.
Ciri-ciri etnik adalah :
- mempunyai rasa kepunyaan terhadap negara asal, makanan, bahasa , muzik, agama, pakaian , nama keluarga dan adat.
- tidak mempunyai persamaan
- terhad pada saiznya
- mempunyai sikap yang menunjukkan perbezaan, tentangan atau prasangka
PENGERTIAN DAN KONSEP KEPELBAGAIAN KELOMPOK
Masyarakat majmuk merupakan campuran kumpulan manusia yang mengamalkan cara hidup yang berlainan, hidup beerdampingan tetapi berasingan dalam satu unit politik yang sama dan terdapat pembahagian tugas atas garis perkauman (Furnivall 1948)
Konsep masyarakat majmuk juga merujuk kepada masyarakat yang dicirikan oleh perpecahan dan konflik antara kumpulan manusia yang bernaung di bawah satu sistem politik. Dalam konteks ini adalah amat mudah bagi memahami erti dan konsep prejudis, stereotaip rasisme dan disriminasi dalam masyarakat pelbagai kaum.
PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
Beberapa elemen perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai untuk memupuk hubungan etnik yang baik.
- Persefahaman
Tujuan utama persefahaman adalah untuk melahirkan kehidupan yang harmonis dan aman sejahtera. Setiap individu haruslah mengenali antara satu sama lain di samping berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Bagi melaksanakan amalan persefahaman, beberapa aktiviti kemasyarakatan boleh dilakukan seperti rukun tetangga, gotong-royong, bersukan atau beriadah.
- Bekerjasama
- Persaudaraan
Merupakan suatu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang belas kasihan, cinta, sayang dan penghormatan diri. Ikatan ini hendaklah dilaksanakan dengan jujur, ikhlas dan mengasihi saudara sendiri.
- Kemesraan
Masyarakat tidak digalakkan bersikap sombong dan meninggi diri, memperkecil dan memperlekehkan orang lain. Oleh yang demikian, sikap sombong hanya akan merenggangkan hubungan antara masyarakat. Maka, masyarakat berbilang kaum perlu menjalinkan hubungan yang baik untuk memupuk elemen kemesraan.
- Budaya Ziarah-menziarahi
Budaya ziarah -menziarahi bukan hanya perlu diamalkan ketika musim perayaan, malah amalan ini perlu dilakukan sepanjang masa. Contohnya menziarahi saudara-mara dan jiran tetangga untuk bertanya khabar , melawat orang sakit atau mengunjungi keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu. Dengan itu, kita dapat berkongsi dan menambah pengetahuan tentang budaya dan adat resam bangsa-bangsa lain.
Langgan:
Catatan (Atom)