BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIA
Sabtu, 3 Oktober 2015
CABARAN DAN IMPLIKASI
IMPLIKASI
1.
Hubungan etnik di Malaysia mengalami pasang
surut.
-Sebelum Perang Dunia II hubungan adalah baik,
kemudiannya berubah menjadi longgar semasa Perang Dunia II dimana terdapat
etnik yg memberi sokongan kepada pendudukan Jepun di T.Melayu.
-Hubungan tersebut kembali kukuh di era
kemerdekaan kerana British meletakkan syarat semua etnik mesti bersatu
sekiranya mahu merdeka. Kemudian kembali longgar ketika peristiwa 13 Mei 1969.
-Kini secara umumnya hubungan adalah baik
disebabkan pelbagai program anjuran kerajaan contohnya Rukun Negara, Rukun
Tetangga dan sebagainya.
2. Pengajaran daripada
peristiwa 13 Mei 1969.
- Berlaku kerosakan harta benda.
1. Kerosakan harta benda
dan korban jiwa yang banyak contohnya di Selangor 196 orang mati dan 493 cedera.
- Peristiharan perintah berkurung.
1. Menyekat kebebasan bergerak,
berinteraksi, beraktiviti.
2. Persidangan Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri digantung.
3. Pilihanraya Sabah dan Sarawak
digantung
-Pembahgian kekayaan negara atau ekonomi negara perlu mengambil kira
etnik di Malaysia kerana ketidak seimbangan ekonomilah menyebabkan tercetusnya
13 Mei 1969.
CABARAN DAN IMPLIKASI
CABARAN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsqitSHlJ0-Ie9l5l4KBQSgq9gc4LbzILnbMGh4x3u592s42tncPrzJWTfRVgE2yTlMElPJWoHPWxRK5IfunXRdHjZ_rjF29_nV1A4BF-KEQ5fsjiZlAqYWkMT7ccPeE-tHglDJp6CKH-A/s200/malaysia.jpg)
Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan demi untuk meneruskan usaha memupuk keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai cabaran dihadapi dalam mengekalkan dan memupuk perpaduan etnik. Antara cabaran yang dihadapi adalah :
Cabaran
dari aspek ekonomi
Kepentingan etnik dari sudut ekonomi adalah melalui
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Etnik Melayu menguasai sektor
pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah.
Etnik Cina menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan
menggunakan teknologi moden. Etnik India terlibat dengan perladangan di estet
getah dan kelapa sawit. Wujud jurang pendapatan ketara di kalangan etnik.
Masing-masing cuba bersaing mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini menimbulkan rasa
tidak puas hati semua golongan etnik. Justeru itu, cabaran ini perlu diambil
kira dalam menjaga perpaduan di kalangan etnik. Perpaduan di kalangan etnik
tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam
kalangan kumpulan sosial dan etnik melalui penyertaan mereka dalam pembangunan
negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan
ekonomi.
Cabaran
Dari Aspek Politik.
Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang
hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa
mendapat kata sepakat. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan
berpolitik tidak akan mampu menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.
Semua etnik saling berusaha untuk mengekalkan identiti masing-masing sehingga
boleh membawa kepada hilangnya semangat memupuk semangat taat setia kepada
negara.
Cabaran Dari Aspek Nilai-nilai Etnik
Setiap etnik di Malaysia mempunyai perbezaan dari
segi agama, bahasa, dan kebudayaan. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai
agama, bahasa dan kebudayaan berbeza. Perbezaan ini bertambah sukar apabila
setiap etnik fanatik dengan bahasa dan kebudayaan masing-masing. Kesannya,
setiap etnik lebih mengutamakan anggota sendiri daripada etnik yang berbeza
dalam memilih sahabat dan mendapatkan perkerjaan. Kesukaran untuk hidup dalam
satu kelompok yang sama akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini
kerana masyarakat pelbagai etnik mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan
etnik-etnik lain memandangkan mereka terbiasa hidup dengan masyarakat dalam etnik
yang sama.
Cabaran Dari Segi Globalisasi
Semua etnik perlu berani
menyahut cabaran globalisasi agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dalam
bidang teknologi dan perkembangan komunikasi. Aspek cabaran globalisasi perlu
diambil kira dalam memupuk semangat perpaduan etnik di Malaysia. Setiap
perancangan dan pelaksanaan program perpaduan perlu mengambil kira cabaran
globalisasi agar jurang di antara etnik dapat dieratkan.
Langgan:
Catatan (Atom)